First time, kami makan di sini. Kami terkejut dengan harga makanan di kedai ini. Portion yang diberi sangat banyak! Aku order Nasi Ayam Masak Lemon, tak sempat ambil gambar sebab rasa terliur nak cepat-cepat makan. Halfway makan baru teringat nak ambil gambar.
| Nasi Ayam Masak Lemon |
| Nasi Ayam Masak Paprik |
| Mee Jawa |
Harga semua makanan cuma RM5 sahaja! Menu berasaskan nasi atau mee. Harga air pula cuma RM2 sahaja, saiz cawan besar. Memang puas hati makan kat sini. Boleh bayangkan Nasi Beriyani RM5? Mana nak jumpa weh!
Dengan RM7 memang kenyang sampai petang. Aku recommend pada orang yang nak berjalan-jalan di Pantai Morib atau Pantai2 di Banting untuk singgah makan di Kedai Makan Nasi Kukus Kak Ros. Harga murah dan makan semua sedap. Tempat makan pun selesa.

0 Comments
Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!