Date: 27102018 - 01112018
T E N T A N G M A S A
luruh.. salji.. panas.. bunga..
tiada siapa yang tahu bila musim bermula
dan pula ia berakhir..
perasaan aku juga sebegitu
tidak pernah ku sedar bila sebuah perasaan itu bermula
tidak pernah ku sedar bila sebuah perasaan itu bermula
dan bilakah ia berakhir..
ia bermula sendiri
ia bermula sendiri
berakhir juga sendiri
maka..
takut jangan
gusar pun jangan
bila tiba masanya,
yang terjadi pasti terjadi
yang terhenti pasti terhenti
masa..
akan memberi jawapan kepada setiap persoalan,
akan membuka ikatan serabut yang tersimpul,
akan melabuhkan kapal pada destinasinya
dan masa juga..
seperti mana ia
akan mengidupkan pohon yang layu..
seperti itu ia
akan menyembuhkan luka yang lalu..
kamu..
tinggal percaya
sehabisnya
kerana disebalik yang ‘memegang’ masa
adalah Tuhan yang maha menyembuhkan :)
Pulau Jeju mempunyai 'sesuatu' yang tempat lain tidak mungkin ada. Jujur, sebelum aku sampai di Jeju, tanggapan pertama aku pulau jeju ini mungkin sama saja macam pulau-pulau di Malaysia atau Indonesia. Tetapi. expectation itu terus gugur setelah kaki menjejak ditanah Jeju ini, hati aku terus terpahat didalam kerak bumi Pulau kecil ini.
Pulau yang mendamaikan, dikelilingi dengan batu-batu hitam legam. Patung atuk (Dol hareubang (Stone Statue of Jejudo Island) – fortress guardians) pasti ada dimana-mana. Bunga, lalang panjang, buah limau menghiasi pulau ini, mengikut musim-musimnya. Kincir angin dikawasan tepi laut menambah 'rasa' permandangan ketika diwaktu senja.
-
-
-

0 Comments
Thank you for leaving kind words. Deeply appreciated. May you have a good day too!