Ainieyshah
Ainieyshah
  • Home
  • Blog
    • Article
    • Recipes
      • Malysian
      • Korean
      • Western
      • Desert
    • Travel
      • Korea
      • Indonesia
      • Japan
      • Singapore
  • About Me
  • Contact
  • Shop

Rasanya aku sudah lama tidak makan kat kedai. Semalam aku dan family berjalan-jalan di Pantai Morib. Kami singgah di Kedai Kerepek Ros dan makan tengahari di Restoran Nasi Kukus Cik Ros. Aku tidak pasti owner kedai ini orang yang sama atau tidak. Mungkin hanya nama sahaja yang sama. Huhuhu.

First time, kami makan di sini. Kami terkejut dengan harga makanan di kedai ini. Portion yang diberi sangat banyak! Aku order Nasi Ayam Masak Lemon, tak sempat ambil gambar sebab rasa terliur nak cepat-cepat makan. Halfway makan baru teringat nak ambil gambar.

Nasi Ayam Lemon di Banting
Nasi Ayam Masak Lemon
Nasi Paprik Ayam di Banting
Nasi Ayam Masak Paprik
Makanan best Mee Jawa di Banting
Mee Jawa

Harga semua makanan cuma RM5 sahaja! Menu berasaskan nasi atau mee. Harga air pula cuma RM2 sahaja, saiz cawan besar. Memang puas hati makan kat sini. Boleh bayangkan Nasi Beriyani RM5? Mana nak jumpa weh!

Dengan RM7 memang kenyang sampai petang. Aku recommend pada orang yang nak berjalan-jalan di Pantai Morib atau Pantai2 di Banting untuk singgah makan di Kedai Makan Nasi Kukus Kak Ros. Harga murah dan makan semua sedap. Tempat makan pun selesa.

Pilihan kedai makan di banting
penapis udara cuckoo

Dalam family aku ni, adik-beradik aku ada yang mempunyai masalah alahan dengan habuk dan resedung. Dulu merata cari ubat, bermacam treatment dicuba tetapi tak baik-baik. Sampailah 2 tahun lepas, ibu beli penapis udara Cuckoo ni. 

Dan kesannya setelah beberapa bulan menggunakan penapis udara Cuckoo, Angah & Pooh sudah tidak lagi terbersin-bersin, berair hidung & gatal setiap pagi. Kalau tidak biasanya setiap pagi, dia orang punya suara 'aacummm' menggegarkan satu rumah. Hahaha.

Jadi memang sampai sekarang kami pakai penapis udara Cuckoo. Seminggu 2 kali, aku akan On penapis udara Cuckoo di bilik. Semua fine dust memang disedut dengan baik. Aku suka gila. Rasa bila hirup udara dalam bilik ni, segar je.

Masa my parent duduk Geoje Island sebelum ini, most of home appliance di rumah apartment sana adalah dari keluaran Cuckoo. Jadi aku memang personally suka dengan produk Cuckoo. Produk Cuckoo memang berkualiti.

Selain penapis udara, kami juga pakai penapis air Cuckoo. Di kampung dan rumah Along pun pakai mesin penapis air Cuckoo. Mula-mula macam fikir nak cuba produk jenama lain, tetapi kami sudah selesa dan percaya dengan jenama Cuckoo. Itu yang buat kami terus setia. Lagi pun malas nak try n error. Hehehe.

Untuk penapis udara, Cuckoo sudah mengeluarkan 4 jenis model. 

Dengan RM75, dah boleh dapat model C. Model yang kami pakai sekarang. Penapis udara Cuckoo mempunyai sensor yang detect kadar pencemaran udara dalam ruang bilik. Lampu biru maksudnya udara baik. Lampu merah maksudnya udara tidak sihat.

Penapis udara cuckoo review

Untuk penapis air pula, Cuckoo sudah mengeluarkan lebih 10 jenis model. Model yang paling murah adalah King Top iaitu RM75/sebulan. Along pakai model ini. Rasanya dah almost setahun dia orang pakai penapis air Cuckoo. Untuk orang yang baru berumah tangga atau jumlah ahli keluarga sedikit. Model King Top ni yang paling aku recommend la. Model ini adalah top selling Cuckoo.

Kalau korang berminat nak survey atau beli produk Cuckoo. Aku nak suggest this one trusted agent. Boleh dapat macam-macam free gift tau dengan agent ni. Lagi-lagi bulan merdeka ni. Belilah dengan dia.

Boleh contact melalui:

  • Whatsapp
  • Instagram
  • Facebook

Selamat berCuckoo!



resepi bebola keria viral melaka
Bebola Keria by Ainiey

Aku peminat kuih keria. Especially, kuih keria Melaka yang ranggup diluar dan lembut di dalam. Rasa terliur pula time nak tulis ni. Hari ini aku mahu berkongsi resepi kuih keria berbentuk bebola cara aku. Sangat mudah dan simple sahaja cara nak buat bebola kuih keria ni. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Keledek 
  • Tepung gandum
  • Gula Melaka
  • Gula Perang (Brown Sugar)
  • Minyak 
  • Air

Step by step adunan bebola keria

1) Rebus keledek sampai lembut dan empuk. Selepas 25 minit cuba cucuk keledek dengan garfu, kalau senang cucuk anda sudah boleh matikan api. Kalau masih keras lagi, tunggu lagi 10 minit. Kemudian cuba cucuk dengan garfu lagi.


2) Lenyekkan keledek dan campurkan sedikit demi sedikit tepung gandum. Once adunan sudah rasa agak pejal dan sudah boleh dibuat bentuk. Stop tambah tepung! Aku tak boleh nak bagi exact sukatan sebabnya ada keledek yang banyak air (terlalu lama rebus) so sukatan tepung kena lebih. Ada keledek yang tak berair jadi sukatan tepung perlu dikurangkan. Time ini skill 'agak-agak' perlu dipraktikkan.


3) Bentukkan adunan seperti bebola. Kalau anda suka bentuk yang macam donat tu boleh buat bentuk macam itu. Ikut kreativiti masing-masing.


4) Goreng selama 8-10 minit. Agak-agak warna sudah bertukar keperangan, bebola keria sudah boleh diangkat. Kalau nak lebih garing boleh tambah 3-5 minit lagi.



Cara nak buat siraannya (coating) pula. 

1) Cairkan gula Melaka, gula perang, setengah cawan air dan satu sudu minyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Satu sudu minyak ditambah tujuannya nak bagi coating gula tu berkilat. Kalau taknak letak pun, tidak ada masalah.


2) Once bancuhan gula sudah cair, masukkan bebolah keria ke dalam gula. Gaul pelahan sehingga gula melekat pada bebola keria. 

Hasilnya...

resepi kuih keria sedap dan mudah

Rangup diluar, lembut didalam~ Sedapnyaa... Selamat mencuba!

resepi kuih bebola keria sedap mudah viral

Ikuti resepi yang lain di Resepi by Ainiey

I am a graduate from University Technology of Malaysia (UTM) who studied Electical/Electronic engineering. My campus is located in the South of Peninsular Malaysia, Skudai, Johor Bahru, which is 300km away from my home. I had lived there for 4 years and graduated from the School of engineering in 2018. Living in Johor was not so much different from my hometown. So, I didn't take much time adapting to new life in Johor Bahru.

Reminiscing my life as a new student (freshie) back in 2014, I was quite active with student programs and participated in many motivational talks. I met a lot of seniors from a diverse background, I made friends with students from different faculties, and I also got opportunities to organize a few programs during my involvement.

Read : The reason I choose engineering

The hardest subjects in my course are, for me, the Electromagnetic Theory (EMT) class and the Digital System class. But, I love and appreciate both of my lecturers that taught these two subjects. Thank you, sir.

The best moment during my study was whenever I managed to design and develop my dummy device from scratch to a prototype. The tears and sweats were paid off. Ever since I was young, I have always pondered stuff like how remote control can change TV channel, how the internet can connect device-to-device, how voice data can be transferred through wire. So maybe one of the reason I chose engineering back then was because to feed my curiosity.

Read : Hari pertama internship

I love my university so much. I love the atmosphere, the facilities, the lecturers and the friends I had made throughout 4 years. University life is something that will teach you a lot, and it will shape you to be a person that is way mature and wiser. But, it is only happening when you open up and learn every obstacle you face must teach you something.

Read : Engineer di hospital

I faced failures, I had my bad days, I got frustrated sometimes, I thought many times to give in too. But, gratefully, I keep going. I keep going because I want to know what the ending feels like. At least I have a story to tell to my children.

Engineering is no higher than any other course. It might be tough, but you know what, everyone has different capability and endurance level. Everyone who reads this post please make a prayer for me—may I be consistent with whatever I choose to do and give everything I have, back to the community.
Hari ini aku mahu berkongsi pertanyaan yang selalu ditanya oleh bakal graduan dan graduan yang baru menamatkan pengajian. Apa nak buat setelah taman pengajian? Aku akan senaraikan 5 panduan yang anda boleh lakukan setelah tamat pengajian.

Sebelum itu ingin aku maklumkan artikel ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi, tidak terlibat dengan mana-mana pihak kecuali yang dinyatakan sahaja. Semoga bermanfaat.


1) Mendapatkan kerja
Perkara yang biasa dilakukan selepas graduan habis belajar adalah mencari kerja. Namun, realiti hidup di dunia ini tidaklah semudah yang dibayangkan. Kita kena bersedia menghadapi apa jua cabaran yang menanti seperti:

  • Ketiadaan peluang pekerjaan yang sesuai dengan aliran khusus yang diambil
  • Saingan dari graduan universiti lain untuk mendapatkan kerja
  • Tawaran gaji yang tidak memuaskan


2) Melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi
Melanjutkan pelajaran ke peringkat Master's degree atau Phd juga adalah antara pilihan graduan. Ada kebaikan dan kekurangan jika menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sejurus sahaja menamatkan pengajian Bachelor's degree. (Cara nak sambung belajar diperingkat Master by Research)

Kebaikan:
  • Otak masih fresh
  • Teori dan ilmu yang diperolehi ketika pengajian Bachelor's degree masih tersimpan dalam memori
  • Dapat habiskan pengajian ketika usia masih muda
  • Dapat peluang pekerjaan yang memerlukan kelulusan Master's degree atau Phd (ie: University's lecturer, RnD researcher)

Kekurangan:
  • Penglibatan yang minimum dengan industri sebenar menyebabkan skill teknikal tidak mantap. Banyak kajian yang bermain dengan teori. Apa yang dibelajar secara teori di dalam kelas tidak sama dengan pengaplikasian di dalam industri. My supervisor said "kajian syok sendiri".

3) Membuka perniagaan sendiri
Baru setahun dua ini kedengaran banyak graduan membuka perniagaan sendiri. Namun hanya sektor tertentu saja yang rancak dan mendapat sambutan. One of the visions from my university is to produce a graduate with a business-like mindset.

Peluang pekerjaan akan bertambah jika jumlah syarikat bertambah. Graduan atau bakal graduan dimasa ini tidak lagi boleh berfikiran untuk mencari peluang pekerjaan semata tetapi perlu ada mindset untuk mencipta peluang pekerjaan dimasa hadapan.

Aku ada kawan chinese yang memang sudah ada minset untuk menceburi bidang business dalam engineering. Memang kelihatan berbeza cara dia berfikir berbanding kawan yang lain. Sangat matang dan menyakinkan setiap kali dia buat presentation project.

Namun, setiap kali membincangkan tentang perniagaan, benda pertama yang terlintas di dalam fikiran adalah modal. Macam mana nak mulakan perniagaan kalau tiada modal, kan? Di Malaysia, setakat yang aku tahu, ada kementerian yang boleh memberi dana untuk sebarang inovasi atau penyelidikan yang dibuat. Boleh lawat website MESTECC untuk maklumat lanjut. 

Selain daripada itu, cara lain untuk mendapatkan dana adalah mencari investor dari syarikat-syarikat besar atau orang ternama. Buat proposal dan approach mereka dengan cara professional untuk membentangkan idea.

Boleh tengok movie Steve Job untuk lihat bagaimana mana Syarikat Apple ditubuhkan. 


4) Menyertai program internship/protege untuk membina skill-set
Jika rasa diri masih kurang dengan skill-skill yang dikehendaki dalam industri, carilah program internship atau Protege atau short-term training yang banyak dibuat oleh syarikat-syarikat di Malaysia. Kebiasanya, jangka masa program adalah diantara 6 bulan sehingga 2 tahun. Contoh program: SL1M, PROTÉGÉ by Tnb, etc. 

Tetapi, ada syarikat tidak membayar gaji bulanan sepanjang program, mereka memberi elaun sahaja. Namun, demi mencari pengalaman dan membina skill, kuatkan hati sajalah. Jika ada rezeki dan prestasi baik, mungkin akan diserap menjadi pekerja tetap.


5) Membina rangkaian kenalan (networking)
Kalau anda suka berjumpa orang dan berkenalan dengan orang baru, pergilah ke seminar usahawan    seminar yang mengumpulkan pelbagai jenis latar belakang peserta, conferences, open day university atau public event. 

Kalau anda ada duit simpanan, pergilah travel/backpacking ke tempat yang anda tidak pernah pergi. Tidak semestinya luar negara, dalam negara juga sudah memadai. Aktiviti mengembara akan membantu memantapkan keyakinan diri dan mencari potensi yang tersembuyi dalam diri. Berkenalan dengan orang baru sepanjang anda travel. Binalah networking dengan mereka, contoh macam tukar phone number, email atau account social media.

Boleh jadi mereka itu adalah 
  • Orang yang bakal menawarkan pekerjaan kepada anda atau 
  • Orang tengah yang menjadi pengantara peluang pekerjaan dengan anda atau 
  • Seseorang yang bakal menjadi rakan business anda

Dimana ada possibility disitu ada oppurtunity.

Panduan pelajar universiti selepas tamat belajar

Untuk graduan dan bakal graduan, aku ucapkan selamat maju jaya. Dalam hidup ini, banyak cara untuk sampai ke destinasi. Ada orang suka jalan udara mungkin kerana dia mampu atau dia nak cepat sampai. Ada orang suka jalan darat mungkin kerana dia takut berada ditempat tinggi dan dia selesa berjalan dia didaratan. Ada orang suka jalan laut mungkin kerana dia sukakan cabaran dan permandangan yang luas di laut.

Tidak kisahlah jalan mana yang dipilih, yang pasti tujuannya adalah untuk sampai ke destinasi. Lambat atau cepat itu tidak penting. Tidak penting. Tidak penting. Semoga anda selamat tiba di destinasi.
Resepi ayam goreng tanpa minyak

Hari ini aku nak kongsi yang resepi sihat mengunakan air fryer. Maklumlah. sekarang ini aku tengah menjaga permakanan. Antara yang aku sedang praktikkan adalah kurangkan makanan yang terlebih manis dan terlebih masin. Dan, teknik memasak pula, aku banyak merebus dan memanggang. Sedap, mudah dan pantas.

Sebenarnya, makanan sihat tidaklah memerlukam kos yang tinggi. Ada caranya untuk dapatkan makanan yang berkhasiat, sedap dan cepat dimasak. 

Aku cadangkan untuk banyakkan mencari maklumt tentang permakanan sihat kerana setiap badan manusia tidak sama keperluan calorinya. Banyak faktor yang berkait. Selain permakanan harian, gaya hidup juga antara penyumbang kesihatan tubuh badan dan mental manusia.

Menu hari ini: Ayam Goreng tanpa minyak

Bahan-bahan yang diperlukan hanya 4 sahaja.
  • Chicken (the healthiest part: Chicken Breast)
  • A pinch of salt
  • 1 spoon of Black Pepper
  • 1 spoon of Chili Pepper

Ayam goreng tanpa minyak air fryer

Cara penyedian:
  • Mix all ingredients with chicken
  • Marinate for 10 minute
  • Put in air fryer for about 20 minutes at 200C

Fried chicken without oil air fryer

Rasanya memang sangat sedap dan kulitnya memang rangup. Pooh suka kulit ayam jadi aku tinggalkan untuk dia. Bahagian ayam yang paling sihat adalah dada ayam, kemudian thigh, peha dan last sekali kepak.

Tip aku dalam pemakanan sihat adalah mudah: Eat in moderation.

Kalau makan dada ayam pun, tetapi makan sampai 3-4 ketul maka tidak tercapailah objektif pemakanan sihat. Aku tahu ada orang tak mampu menukar cara pemakanannya secara drastik. Daripada turun berat badan 10kg sebulan kemudian naik 15kg pada bulan yang seterusnya adalah lebih baik turun 2kg setiap bulan secara konsisten. Itu jauh lebih baik.


As I am writing this post, I wish that everyone who reads this post having a very good day today. 

It's been a month since I start nurturing my new hobby. I never thought I could do a great job especially if the job requires a lot of patience to be put on. So, let me show you to my 'kids'..

new hobby gardening and planting
menanam pokok tomato
menanam daun bawang dirumah

I had a story taking care of a plant. Before my final year study started, my mom had bought a pot of plant for me. Every time I felt down, I would look at the plant, watered, and took care of its needs. Unfortunately, after a few months, I got drowned in my study and projects. I forgot about my plant and before I knew, it already wilted and died.

It is not easy to look after one's life because it requires patience, passion and consistency. One month ago, I started to plant again. This time I put some goals to be achieved. Every morning, I water the plant, check the leaves because sometimes I saw insects try to eat the leaves, and say some good words to the plant.

Planting is therapeutic. It helps me to relieve stress and find my inner peace. Throughout the month, I could see the plants were growing beautifully. From seed to plant, from no flower to a bunch of flower, from very tiny little sprout to a tall one. 

Last week, I bought a new seed. Let me show you within a week how they are growing.

menanam timun dirumah

They are growing fast!

I believe starting a new hobby at any age is never too late. World is changing, life is changing, and what lives within us should change too. Even though you want to learn something new and it may be different from what you have now, you shall do that. And it is never too late.

Learn new language. Take dance class. Go photography seminar. Write a blog. Make home bakery online class. Anything!

I knew a story of a 78-year-old man who graduated from my engineering faculty for his second degree. Mr. Mahathir became 7th prime minister of Malaysia at the age of 93 years old. And there are a lot of stories about successful people succeeding at their old age.

Life is a journey, not a competition. It is not who comes first and who comes later. Everyone has their own pace, and we should enjoy our own pace. 

If you find yourself not doing anything, then find a new hobby. If you find yourself not being happy with what you are doing, then find a new hobby. Make your hobby a place you found happiness. 

Hobby should not be fixed to one thing. It can be many, and it could change throughout the time until you find one that really suits you. And a good hobby can bring out the best version of you. So, have you found your hobby?

My Small Garden Project. Please subscribe my Youtube Channel. I am so appreciated if you could do so. 

hutan pinus

Setelah dua hari di Jogjakarta, aku dan kawan aku bergerak pula ke Bandung dengan menaiki Train. Yang menariknya adalah... 

Semasa pergi ke Jogjakarta, kami tempah train class mewah tetapi balik dari Jogjakarta kami naik train class ekonomi. Masa tempah tiket, tidak terfikir kondisi train tu jauh berbeza. Harga memang murah tetapi sempit, kerusi tegak dan aircond perlahan. Berkicap jugalah ketiak ni. Ish-ish. Memang tak boleh nak kenanglah. 

Bayangkan perjalanan lebih kurang 8 jam, badan kejung tegak je. Sudahlah nak bergerak ke sana sini tidak boleh sebab ruang yang sempit ditambah pula dengan barang penumpang yang banyak.

kereta api bandung

Tetapi yang bestnya adalah permandangan sepanjang perjalanan ke Bandung. Kiri dan kanan, aku melihat padi, gunung-ganang dan sawah. Sangat cantik dan mendamaikan. Kami bergerak dari Jogjakarta pukul 11 malam, sampai ke Bandung pukul 9 pagi.

permandangan dari kereta api ke bandung

Cuaca di Bandung agak nyaman berbanding Jogjakarta, sepanjang hari kami berjalan, cuaca berangin dan kabus. Sampai di train station Bandung, Supir kami sudah menunggu. Kami minta Mas Chacha untuk membawa kami ke Masjid berdekatan. Kami mahu mandi dan bersihkan diri dulu.

Gambar bawah ini adalah kawasan lapang depan masjid Bandung. Cantik, kan?

masjid bandungmasjid bandung
Selesai mandi kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Bajet dan masa kami tak banyak, maka tempat yang kami dapat lawati di Bandung adalah Kawah Putih, Hutan Pinus dan Glamping Rancabali. Glamping Rancabali ni yang di suggest oleh Mas Chacha.

KAWAH PUTIH
Bukan biasa-biasa ye kenderaan yang bawa kami naik ke atas
kawah putih
Kabus tebal
kawah putih
kawah putih bandung

HUTAN PINUS
hutan pinus bandung
hutan pinus

GLAMPING RANCABALI
glampin rancablali bandung indonesia

Selepas melawat tiga tempat itu hari sudah lewat petang macam. Mas Chacha bawa kami ke kedai souvenir untuk shopping souvenir. Kami berada di Bandung hanya 2 hari satu malam. Keesokan tengahari, kami akan bererak ke Palembang untuk mengambil flight pulang ke Malaysia. 

Sebenarnya ada sebab kenapa kami mengambil flight dari Palembang ke Malaysia, bukannya dari Bandung. Tetapi, aku akan cerita dientri seterusnya.

Malam sudah semakin surut, kami menginap di Hotel Serena yang terletak berdekatan dengan Bandung train station. Hotelnya selesa dan breakfast disediakan. Hari yang cukup indah hari ini. Terima kasih Tuhan. Semoga kami sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

hotel serena berdekatan dengan station kereta api bandung indonesia
Selamat malam, semua.

Baca:
  • Hari ke-1 ekspedisi | Seharian berjalan kaki di Kota Jakarta
  • Hari ke-2 ekspedisi | Menapaki kaki di Borobudur, Kalibiru dan Taman Sari
  • Hari ke-3 ekspedisi | Makan udang galah di Pantai Timang, sakan bergambar di Candi Ijo dan Jurang Tembelan.
Newer Posts Older Posts Home

Followers

ABOUT ME

25 years old. A blogger and storyteller who loves to share her thoughts, travel stories, and lazy cooks recipe. This place allows her to look back at her life and get a good story out of it. Thank you for dropping by.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POST THIS WEEK

  • Ramadhan Diary | Let’s talk about food
    *disclaimer: entri ini akan dipenuhi dengan gambar makanan. Jika anda tidak mampu mengawal diri anda, dinasihatkan untuk membaca posting ini...
  • Mengalah
    Mengalah itu selalu aku. Tak pe. Kalau tak reti appreciate benda yang kita ada jgn nak menyesal benda tu bila ia pergi. Ngerti? Tak rajuk...
  • Wanita Hebat
    Kali pertama aku mengenali dia pada tanggal 13 September tahun 1995, Namun dia telah mengenali ku 9 bulan lebih awal dari tarikh i...

POPULAR POSTS THIS MONTH

  • that'll last forever in my memory #3
    Bismillahirahmanirahim.. tuk! tuk! tuk! Assalamualaikum....saya datang nak jual senyuman..... *ada tak nak beli?* ehiks! semalam Aini k...
  • Ignorance
    She taught me two things, ‘Ignorance and Beautiful.' One day, she told me, 'Let me tell you, The meaning of Beautiful. God is beauti...
  • result SPM.
    Bismillahirahmanirahim.. hye dude! Assalamualaikum.. Peace be upon you! hopefully, you all semua nie sihat2 belaka.. I tak ada benda  na...
  • New Look!
    Assalamualaikum.. hai Uiolss!! rindu Aini tak? hahaha..memang SI ada laa,kan? seperti yang uiolss lihat, aini telah menjahanamkan blog ai...
  • Congrats Kak Maria Elena..
    Bismillahirahmanirahim.. mak aih! nampak sangat aku nie selalu ketinggalan zaman..muehehehe..oopppsss! nanti dulu, aku memang nak update e...
Motivation
Journaling
Powered by Blogger

AINIEYSHAH

Copyright © Ainieyshah. Designed by OddThemes