Ainieyshah
Ainieyshah
  • Home
  • Blog
    • Article
    • Recipes
      • Malysian
      • Korean
      • Western
      • Desert
    • Travel
      • Korea
      • Indonesia
      • Japan
      • Singapore
  • About Me
  • Contact
  • Shop
hutan pinus

Setelah dua hari di Jogjakarta, aku dan kawan aku bergerak pula ke Bandung dengan menaiki Train. Yang menariknya adalah... 

Semasa pergi ke Jogjakarta, kami tempah train class mewah tetapi balik dari Jogjakarta kami naik train class ekonomi. Masa tempah tiket, tidak terfikir kondisi train tu jauh berbeza. Harga memang murah tetapi sempit, kerusi tegak dan aircond perlahan. Berkicap jugalah ketiak ni. Ish-ish. Memang tak boleh nak kenanglah. 

Bayangkan perjalanan lebih kurang 8 jam, badan kejung tegak je. Sudahlah nak bergerak ke sana sini tidak boleh sebab ruang yang sempit ditambah pula dengan barang penumpang yang banyak.

kereta api bandung

Tetapi yang bestnya adalah permandangan sepanjang perjalanan ke Bandung. Kiri dan kanan, aku melihat padi, gunung-ganang dan sawah. Sangat cantik dan mendamaikan. Kami bergerak dari Jogjakarta pukul 11 malam, sampai ke Bandung pukul 9 pagi.

permandangan dari kereta api ke bandung

Cuaca di Bandung agak nyaman berbanding Jogjakarta, sepanjang hari kami berjalan, cuaca berangin dan kabus. Sampai di train station Bandung, Supir kami sudah menunggu. Kami minta Mas Chacha untuk membawa kami ke Masjid berdekatan. Kami mahu mandi dan bersihkan diri dulu.

Gambar bawah ini adalah kawasan lapang depan masjid Bandung. Cantik, kan?

masjid bandungmasjid bandung
Selesai mandi kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Bajet dan masa kami tak banyak, maka tempat yang kami dapat lawati di Bandung adalah Kawah Putih, Hutan Pinus dan Glamping Rancabali. Glamping Rancabali ni yang di suggest oleh Mas Chacha.

KAWAH PUTIH
Bukan biasa-biasa ye kenderaan yang bawa kami naik ke atas
kawah putih
Kabus tebal
kawah putih
kawah putih bandung

HUTAN PINUS
hutan pinus bandung
hutan pinus

GLAMPING RANCABALI
glampin rancablali bandung indonesia

Selepas melawat tiga tempat itu hari sudah lewat petang macam. Mas Chacha bawa kami ke kedai souvenir untuk shopping souvenir. Kami berada di Bandung hanya 2 hari satu malam. Keesokan tengahari, kami akan bererak ke Palembang untuk mengambil flight pulang ke Malaysia. 

Sebenarnya ada sebab kenapa kami mengambil flight dari Palembang ke Malaysia, bukannya dari Bandung. Tetapi, aku akan cerita dientri seterusnya.

Malam sudah semakin surut, kami menginap di Hotel Serena yang terletak berdekatan dengan Bandung train station. Hotelnya selesa dan breakfast disediakan. Hari yang cukup indah hari ini. Terima kasih Tuhan. Semoga kami sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

hotel serena berdekatan dengan station kereta api bandung indonesia
Selamat malam, semua.

Baca:
  • Hari ke-1 ekspedisi | Seharian berjalan kaki di Kota Jakarta
  • Hari ke-2 ekspedisi | Menapaki kaki di Borobudur, Kalibiru dan Taman Sari
  • Hari ke-3 ekspedisi | Makan udang galah di Pantai Timang, sakan bergambar di Candi Ijo dan Jurang Tembelan.

tips melancong ke jogjakarta

Pukul 9 pagi, kami sudah bersiap packing barang. Mas Henry akan menjemput kami untuk pengembaraan hari ini. Hari ini, hari kedua dan terakhir kami di Jogjakarta. Kami akan ke Bandung malam ini, jadi kami tidak akan kembali ke homesty semula.

Ini Homesty Mas Dani yang kami pilih dari Airbnb. Rumah dua tingkat fully furnished.

airbnb di jogjakarta murah dan cantik
airbnb di jogjakarta murah dan cantik

Destinasi pertama, Mas Henry membawa kami ke tokoh kuih Bakpia. Kata Mas Henry, kuih Bakpia ini popular di Jogja. Kami beli untuk souvenir family di Malaysia. Kemudian kami terus ke Candi Ijo yang mengambil masa 40 minit untuk sampai.

candi ijo jogjakarta
tempat menarik di jogjakarta candi ijo

Candi Ijo terletak di atas bukit. Dari sini boleh nampak permandangan yang luas kat bawah sana. Tetapi disebabkan kabus diwaktu pagi, kami hanya nampak samar-samar saja. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Candi Ijo. Berdekatan dengan Candi Ijo, ada satu designated port yang wajib bergambar. Orang kata Instagram worthy. Jalan kaki sikit je..

tempat menarik di jogjakarta candi ijo

Sudah puas bergambar kami bergerak ke destinasi seterusnya iatu Pantai Timang. Tiba di Pantai Timang, kami makan tengahari dulu di kedai Udang Galah. Harga untuk 4 orang makan 550,000IDR dalam RM150 duit Malaysia. Kalian akan dapat set yang macam dalam gambar dibawah. Udang galah boleh pilih sendiri. 

menu udang galah di pantai timang
menu udang galah dipantai timang

Selepas makan, kami naik Jep untuk ke Pantai Timang. Nak ke Pantai Timan tidak boleh menaiki kereta biasa kerana jalan yang berbatu dan berbukit. Harga untuk naik Jep, 350,00 IDR iaitu RM100 untuk 4 orang.

jep ke pantai timang kenderaan untuk naik

Lebih kurang 10 minit kami sampai di Pantai Timang. Sepanjang perjalan, aku melihat perkampungan peduduk di sini. Suasananya berbeza dengan perkampungan di Malaysia.

pantai timang cantik
pantai timang running man

Pantai Timang ni pernah masuk dalam Variety Show Korea: Running Man. Episod Lee Kwang Soo kena denda sebab kalah dalam game. Nampak tak bongkah batu yang besar tu? Nak pergi ke sana ada dua cara: Jalan kat atas titian jambatan(kiri) atau Naik gondola (kanan)

gondola pantai timang

Nak naik gondola kena bayar dalam 150,000IDR. Yang menarik tentang gondola ini, ia digerakkan mengunakan kudrat manusia. Bukan bergerak secara automatik tau.


Sudah puas bergambar di Pantai Timang, kami menyusur ke Jurang Tembelan pula. Tidaklah begitu jauh dari Pantai Timang. Jurang Tembelan ini memang Instagram worthy. Memang tidak lengkap kalau pergi ke Jogjakarta tetapi tidak sampai sini.

jurang tempelan jogjakarta
tempat best bergambar di jogjakarta
instagram worthy tempat bergambar di jogjakart jurang tembelan

Kami bergerak dari Jurang Tembelan sudah lewat petang. Kami perlu berada di station kereta api sebelum magrib. Maka sampai sini sahaja sightseeing di Jogja. Esok kami akan berada di Bandung pula. Aku dapat pengalaman yang best dan permandangan yang sangat indah sepanjang aku travel di Jogja.

Perjalanan kami ke station kereta api ditemani hujan. Mungkin memahami perasaan kami yang berat untuk meninggalkan tempat ini. Entah bilakah kami akan kembali ke sini. Jika ada rezeki lagi, insyaAllah aku akan ke sini lagi. Selamat tinggal, Jogjakarta.

 

 Baca:
  • Hari ke-1 ekspedisi | Seharian berjalan kaki di Kota Jakarta
  • Hari ke-2 ekspedisi | Menapaki kaki di Borobudur, Kalibiru dan Taman Sari
  • Hari ke-4 ekspedisi | Kawah putih, Hutan pinus dan Glamping Rancaliba, Bandung

Older Posts Home

Followers

ABOUT ME

25 years old. A blogger and storyteller who loves to share her thoughts, travel stories, and lazy cooks recipe. This place allows her to look back at her life and get a good story out of it. Thank you for dropping by.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POST THIS WEEK

  • Ramadhan Diary | Let’s talk about food
    *disclaimer: entri ini akan dipenuhi dengan gambar makanan. Jika anda tidak mampu mengawal diri anda, dinasihatkan untuk membaca posting ini...
  • Mengalah
    Mengalah itu selalu aku. Tak pe. Kalau tak reti appreciate benda yang kita ada jgn nak menyesal benda tu bila ia pergi. Ngerti? Tak rajuk...
  • Wanita Hebat
    Kali pertama aku mengenali dia pada tanggal 13 September tahun 1995, Namun dia telah mengenali ku 9 bulan lebih awal dari tarikh i...

POPULAR POSTS THIS MONTH

  • that'll last forever in my memory #3
    Bismillahirahmanirahim.. tuk! tuk! tuk! Assalamualaikum....saya datang nak jual senyuman..... *ada tak nak beli?* ehiks! semalam Aini k...
  • Ignorance
    She taught me two things, ‘Ignorance and Beautiful.' One day, she told me, 'Let me tell you, The meaning of Beautiful. God is beauti...
  • result SPM.
    Bismillahirahmanirahim.. hye dude! Assalamualaikum.. Peace be upon you! hopefully, you all semua nie sihat2 belaka.. I tak ada benda  na...
  • New Look!
    Assalamualaikum.. hai Uiolss!! rindu Aini tak? hahaha..memang SI ada laa,kan? seperti yang uiolss lihat, aini telah menjahanamkan blog ai...
  • Congrats Kak Maria Elena..
    Bismillahirahmanirahim.. mak aih! nampak sangat aku nie selalu ketinggalan zaman..muehehehe..oopppsss! nanti dulu, aku memang nak update e...
Motivation
Journaling
Powered by Blogger

AINIEYSHAH

Copyright © Ainieyshah. Designed by OddThemes